Monday, March 30, 2009

Nasib CEO waktu ekonomi merudum.....


CEO dakwa diheret isteri ke katil

NEW YORK - Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United Technologies, George David berumur 66 tahun mendedahkan di sebuah mahkamah dia diheret oleh isterinya, Marie Douglas-David yang jauh lebih muda ke atas katil tanpa kerelaannya, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya mengingati pada satu ketika dia berada dalam keadaan memaksa dan saya menolaknya," kata David dalam perbicaraan perceraian dengan isterinya itu yang berumur 36 tahun.

"Adakah itu bukannya kali pertama Marie memaksa anda, adakah itu benar?" kata seorang peguam dalam perbicaraan yang memasuki hari keempat.
"Tidak," kata David.
"Terdapat pada satu ketika dia menyambar anda dengan lengan dan menarik anda ke katil?" tanya peguam tersebut.
"Ya, kerap kali," jawab David.



Selepas perbicaraan itu ditangguhkan, isterinya itu menyelar pengakuan David.
"Saya berasa sedih dia tidak berlaku jujur. Saya percaya kepada suami saya," katanya. - Agensi

Sumber : KOSMO ONLINE !

0 comments: